CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

sahabat

Friday, December 11, 2009

Maaf Semua

Salam

Kepada semua sahabat, follower, pembaca, dan pelawat sekalian;
izzah nak minta maap bebanyak x dapat hupdate blog buat sementara waktu..atas sebab tertentu. InsyaAllah tahun depan Izzah kembali update blog neh.

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Saturday, November 14, 2009

Selamat Tinggal UPSI

Salam..

Maaf kepada semua sebb lama x hupdate. Darjah kebizian aku agak tgi. Alahmdulillah, thesis dah hantar kat lecturer. Just sedang menunggu penjilidan selesai untuk dihantar ke KPM dan JPN. Softcopy pun blom anta lgi kat library. Aku x tahu cane nak manage masa dgn sebaik mungkin. Kelam kabut jer hidup aku belakangan ni. Tidur pon x menentu. Tu la bahana wat keja last2 minute.

Sabtu minggu depan aku dah nak meninggalkan UPSI ni..Haiish, rasa sedih la plak nak berpisah ngan kwan2. Dah 3 1/2 tahun dok kat Tanjong Malim ni. Tipu la kalau kata xde rasa cinta kat tanjong Malim. Walaupun pekan kecik jer (pekan gerik jauh lagi besar), tapi kat sini mcm2 ada. KL pon dekat jew.

Aku pasti merindui korunk semua.

Final exam ada lagi satu paper. The last one..on Thursday. Then, hari jumaat akan ada taklimat praktikum 2. Pastu kemas2 barang yang melambak2 espesially buku2. Berkotak2 buku yang nak kena "sealed". Hari sabtu.."bye2 UPSI".."konvo nanti, aku kembali"..warrgghhhhh..sob2..


[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Thursday, November 5, 2009

Anda patut rasa marah jika anda seorang Islam...

Salam..
Kali ni aku nak share ngan korunk satu video yg telah menghina Islam. Video ni member aku yg bg link masa kami ym. These kids make fun of islam. Diorang main2kan cara kita solat. Melampau betul. Bebudak kita mana ada nak hina agama org kan?



Umur baru setahun jagung, dah berani nak hina agama orang. Meh sini nak sekeh kepala sowang2. Aku rasa bebudak ni patut dikenakan tindakan oleh majils agama Islam, or badan2 kerajaan @ mana2 pihak yg berkenaan. kalau xde tindakan dari pihak berkuasa, dan kalau korang kenal or terserempak ngan dak2 ni, tlg belasah!!!

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Monday, October 26, 2009

Saje2 update..

Salam..


Hi..semua. Maaf, coz dh lama x update. Almaklumlah, bz dgn quizzes, tests, assignments, thesis, thesis, dan thesis lagi..
Lepas ni akan bz dengan final exam plak..Gila lak aih, satu haram pon aku x study lagi. Seb baik la jadual peksa aku ok...ada la gap beberapa hari ntuk aku study.

TMK3083 Complex Variable 05/11/2009
TKU2013 Industrial Chemistry 11/11/2009
TSE2013 Environmental Science 19/11/2009

Hmm..3 paper jer sem ni. Tp semua paper tu tough. Kena study maut. Betol2 berperang sem ni. Study pon jihad jugak kan? Wish me luck k.

Last thursday, sempat lagi balik kampong..lepas rindu kat family semua..terutamanya si Arm tomey ni..dia balik kg ari sabtu. Aku sempat main2 ngan dia 1 hari 1/2 jew sbb ari ahad aku dah balik t.malim. Sepatutnya,bley jew dok kampung lama sket sbb cuti study week. Tp ada lecturer aku wat quiz lak pagi tadi. Terpaksa la balik sini awal. Huhu..berat je hati nak balik upc smalam..

Rindunya kat Amsyar Hanif..

Amsyar 1 hari

Amsyar 1 minggu

Amsyar 1 bulan

Amsyar 3 bulan

Amsyar 4 bulan

Amsyar 5 bulan (latest)


[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Sunday, October 4, 2009

Aksi Si Chumel

Hai semua. Nama saya Amsyar Hanif. Saya yang suruh Cik Ja saya wat entry pasal saya sebab saya nak glamor lebey. Lagipon saya bosan tgk blog Cik Ja saya bersawang, x berhupdate lama dah. Meh la lihat aksi2 saya..


Ni aksi saya isap botol..nyum3..


Selain isap botol..saya juga syuke isap jari. Jari pon sodap. nyum3..


Time ni saya tgh menguap..


Ni saya tgh tido tipu2..shhhh!!!jgn bising!


Kali ni betol2 saya tido. x tipu! tido pon isap jari. besh2..


Sweet x senyuman saya? xley senyum lebey2..nanti ada yg tergoda. oh! tidak.


Ni yang saya x puas hati! Saya ni kipas susah mati Liverpool cam CikJa, tp apesal abah pakaikan baju MU ni??? Eeee....x suka la!!


OK la..saya dah penat ni. Akhir kata dari saya.."Adik Sayang CikJa" Mmuuuuaaaahhhh..

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Tuesday, September 15, 2009

Suka Nak Amik Kesempatan!!

Assalamualaikum wbk..


Malam ni aku dah nak berambus dari Tanjung Malim terchenta ni. So, aku nak amik kesempatan yang ada ni ntuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloggers yang lalu lalang kat blog aku ni. Aku juga nak amik kesempatan ntuk memohon maaf kalau aku ada terguris perasaan korunk. Manalah tau kalau ada entries aku yang wat korunk kecik hati kew. Sowie ek..

Tadi aku sempat lagi beli sesuatu untuk bonda terchenta.Tak mahal pon..RM13.90 jew. Itu jew yang aku termampu nak beli. Tahun lepas aku beli kain pasang untuk mak aku. Tahun ni x cukup budget la. Lagipun kakak aku dah belikan kain pasang ntuk mak. Kakak ipar aku plak belikan kain tudung untuk mak. So aku belikan ini je la...

Keronsang! Hope she like it.

Untuk entry bulan puasa aku yg terakhir ni, aku nak amik kesempatan untuk membebel panjang sket. Bley kan? kan? kan? kan?.

Raya tahun ni aku beli baju kurung 2 pasang jew. Korunk mesti 10 pasang kan? Tema raya family aku tahun ni warna purple. Tapi mcm biasa, aku lari dari tema. Baju aku tahun ni warna hijau n biru. Hehe..aku mmg mcm ni..tak suka terikat dgn tema-tema ni.

Hmm..1st raya nanti nak pakai baju yang mana dulu ye? Hijau or biru? hijau..biru?hijau..biru..?hijau..biru..?hijau..biru..?hijau..biru..?...Arrrrggggghhhhhhhh..Aku dah naik sheikh dah ni!!!. Astaghfirrullah..calm down..Ok2 dah decide..biru! Eh, hijau la..Aiyok..OK2..Biru! titik.

Oh! ya, sebelum terlupa. Aku nak amik kesempatan untuk tampal kad raya yang Puan Ara bagi ni..Thanks. Pada yang post kad raya ke rumah aku pon, thanks gak. Aku balas guna MMS je la ye. Hehe..

sweet jew kan?

Pada sesiapa yang mengenali aku ni, bley la datang raya rumah ak nanti. Yang x kenal tu, x payah datang! Eceh, bley plak cenggitu? hehe...xde la. Dtglah..sesiapa jew bley datang. Nama pon raya kan? Sesiapa yang datang umah aku dapat duit raya tau..

Duit raya..sekali ngan tabung2 aku bagi!

Ha..tgk! Berapa punya murah hati aku bagi sekali ngan tabung2. Selalunya orang bagi duit raya dalam sampul (Ang Pau). Aku nak wat kelainan. Aku bagi dalam tabung. Dasyat x?

Ok2..dah penat membebel ni. Bye2..Have A Nice Raya Day..X sabar nak raya..yeeeehaaaaa!!!




[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Sunday, September 13, 2009

The Best Iklan Raya

Aku suka ngan iklan raya ni..Alkisah Janda Beranak Tujuh.. Hasil kerja Allahyarhamah Yasmin Ahmad dengan kerjasama Osman Ali...lama dah iklan ni. Tahun 2003..time ak SPM.




Hehe..aku suka part yg dak tu jatuh..real jer. Lari2..gedebuk jatuh! X dapat ikut abg dia, siap ugut ada buaya. Kui3...
Member aku ckp iklan ni shoot kat Lenggong. Ye kot..tgk tasik tu cam kat Tasik Raban jew. Layanzz jew ok?.. Dah2, nak sambung wat assignment ni. Huhu..Selamat berpuasa semua.

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Friday, September 11, 2009

Menghitung Hari

Salam

Ermm..pejam celik- pejam celik dah masuk 21 Ramadhan. Tak lama jew lagi nak raya. Tak sabar nak balik raya.. Alhamdulliah, kelas hari rabu n khamis batal. Lecturer sgt la memahami students dia mmg excited nak balik. Bley la aku balik awal..dan cuti lebih awal dari tarikh yang sepatutnya..Hmmm..besh2. Tiket pon dah beli...

Tanjung Malim- Gerik; 15/09/09; 08.00 PM

Sapa nk ikut?? Jom2..hehe..

Tp b4 balik, kena la siapkan assignment mana2 yg patut so that aku bley raya dengan jiwa yang tenang..Maksud aku yg due date dia dah dekat la. Almaklumlah, aku ni spesis yg wat keja last minute. Huhu..aku baru jew lepas analisis thesis. Actually aku xde mood nak wat thesis tu. Tp nak tgu mood dtg, bila agaknya kerja aku nak siap. Teruk tol..!!
Tp bila dah wat keja dalam keadaan yg xde mood ni, mcm2 la kesilapan yg x sengaja dilakukan. Tersalah kira la..apa la.. Kena kira balik semula. Huhu...


Lepas ni nak wat transkrip temubual plak..kena convert into mp3 1st..then kena edit lagi sbb ada suara yg x sepatutnya dalam tu. Biasa la gangguan bunyi tu ada di mana2..manusia skunk ni mmg suka wat pencemaran bunyi. Huhu..
PAStu nak kena siapkan homework Complex Variable...PAStu nak cari maklumat pasal Natural Resources...PAStu nak baliiikkkkk!!!!! warghhhh....

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Tuesday, September 8, 2009

~My Arm~

Amsyar Hanif ni dua bulan lebey sudah..skejap je rasa. Dia dah pandai senyum..dah pandai terbalikkan badan dia..merangkak blom g. Nangis? Of course la..lahir2 jer dah pandai nangis. Apa da...
Badan dia semakin semangat..pipi dia sgt la chubby. Muka chinese look..ikut mak dia la. Kakak ipar aku tu mix melayu n cina.


Besh jerk main ngan dia. Aku mmg suka budak2. Kalau ada anak sndiri mesti lagi besh kan? Jap2..nak imagine..hmmm..besh2..hehe..

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...

Thursday, August 27, 2009

~Merepek meraban di bulan Ramadhan~

Beza Kecik Dolu2 dan bila dah besar gajah:

1. Masa kecik2 puasa penuh. Dah besar ni x pernahnya nak penuh. Tak tau nape. haha..

2. Dolu2 selalu dapat kad raya. Main balas2 kad raya. Skunk zaman dah maju orang hantar sms or mms jer. Senang, jimat dan lebih pratikal. Tahun lepas pon aku dapat satu jer kad raya. Tu pon reaksi aku time tu adalah 'terkejut beruk matyeh' bila kawan aku hulur kad raya.

"Hah? ntok aku kew?"
"Ye la. Nak ke xnak?.."
"Hehe..org bagi nak la. x sangka zaman ni wujud lagi kad raya"
"Banyak cakap plak. Amik je la."
3. Dulu selalu dapat duit raya. Tp skunk kena bagi duit raya la plak kat anak2 buah aku. Huhu..pokai aku. Raya tahun ni budget lari, x sempat nak kejar..harap maklum. :23:

4. Kecik2 dulu malas p terawih. Akan ikut mak aku ke surau kalau dengar ada mkn yg besh2. Haha..Tp skunk ni kalu p terawih mmg niat nak ibadat la.

5. Kecik dulu selalu pow abg aku nak beli bunga api dan mercun. Skunk ni aku plak kena pow ngan anak buah aku. cis, cis dan cis lagi..Tp aku bijak...

"CikJa, nak RM2. Nak beli bunga api"
" Main la bunga api, nnt hilang tgn xley raya."
" xpe.. orang pandai main. Orang pegang mcm ni.." sambil tunjuk cara pegang bunga api penuh dgn langkah berjaga2 la kununnya..
" Nanti polis tangkap budak main mercun. Semalam anak Pak Mat dah kena tangkap ngan polis. Masuk penjara dah"
Hoho..selamat duit aku!!

6. Baju raya aku mak yang beli dan mak yang pilihkan. Skunk ni pilih dan beli sendiri. Lebih tragis lagi, pakai duit sendiri.

7. Dolu2 sangat pemalas nak tolong mak aku wat kuih raya. Skunk aku rajin, mak aku plak yang malas. So tunjuk2 je la..senang citer.

8. Aku rasa kecik2 dulu lagi meriah kot..dah besar ni rasa hambar jer. Besh time nak balik kampong sambil dengar lagu raya. Time tuh feeling abis. haha..

[+/-] BACA SAMPAI HABIS...